Satu kenyataan untuk memperbodohkan orang kampung dan juga para pencacai UMNO oleh Muhyiddin..
"Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak wajar pihak-pihak tertentu menggunakan alasan kenaikan harga barang untuk mempersalahkan kerajaan.."
Minyak naik hargapun bukan salah kerajaan.. kerana harga RON97 diapungkan mengikut harga pasaran dunia.. kata diapungkan tapi ketika harga minyak duinia menurun, harga minyak dinegara kita meningkat.. apa cerita ni?
Begitu juga dengan harga Gula.. ianya naik bukan kerana salah kerajaan kerana kerajaan hanya melaksanakan proses rasionalisasi harga keperluan asas saja..
Tapi yang menghairankan tentang harga gula ini.. ketika ianya dikuasai oleh Robert Kwok.. empat tahun sekali nak naik hargapun susah, tetapi sejak dikuasai oleh Felda dan juga Syed Mokhtar tak sampai satu tahun dah naik empat kali..
Jangan salahkan kerajaan.. tapi salahkan kroni kerajaan UMNO/BN yang sedang kelam kabut mencari dana untuk pilihanraya bagi UMNO/BN..
Dan ada satu lagi berita baik buat para pencacai UMNO/BN dan juga seluruh pengundi UMNO/BN yang akan kedengaran menjelang bulan enam ini.. bersamalah kita tunggu..
Jangan guna harga barang alasan kecam kerajaan, kata Muhyiddin
KUANTAN, 14 Mei — Kerajaan memahami kesusahan yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan harga barangan dan sentiasa mencari langkah untuk mengurangkan bebanan itu, kata Timbalan Perdana Menteri di sini hari ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak wajar pihak-pihak tertentu menggunakan alasan kenaikan harga barang untuk mempersalahkan kerajaan.
Dipetik Bernama Online, katanya, Malaysia merupakan satunya-satunya negara yang mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban ditanggung rakyat.
“Kenaikan harga barangan yang berlaku tidak boleh dijadikan alasan untuk menuduh kerajaan tidak bertanggungjawab atau tidak buat sesuatu untuk kepentingan rakyat.
“Tidak ada kerajaan lain yang kawal harga, kalau negara lain, mereka bayar dengan harga pasaran sebenar,” kata Muhyiddin (gambar) ketika berucap pada majlis Sarapan Pagi 1 Malaysia di Kampung Sungai Ular sempena lawatan kerja sehari di sini, hari ini.
Dalam majlis itu, Muhyiddin turut beramah mesra dengan penduduk kampung berkenaan walaupun dalam keadaan hujan lebat.
Muhyiddin berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Isnin ini untuk membincangkan langkah jangka panjang menambah bekalan makanan dalam negara.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kenaikan harga barangan berlaku disebabkan faktor global termasuk perubahan iklim yang menjejaskan negara pengeluar bahan makanan selain pengeluaran minyak dunia yang berkurangan sehingga dirasai semua negara.
“Harga kentang, bawang dan lada kering yang kita import naik, harga gula juga naik dan kita tidak jadi negara pembekal gula, tetapi kerajaan bagi subsidi yang membolehkan kita membayar bukan pada harga sebenar,” katanya.
Bagaimanapun katanya, sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan langkah transformasi kerajaan dan ekonomi, pertumbuhan ekonomi negara semakin baik dan pelabur asing melihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menguntungkan.
“Walaupun berlaku kenaikan harga barangan, rakyat dapat menikmati limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan yang ada ekoran kemasukan pelaburan asing,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM4.4 juta untuk mendirikan masjid baru bagi kemudahan penduduk di Kampung Sungai Ular.
No comments:
Post a Comment