Thursday, May 19, 2011

Senarai soalan : Video seks fokus utama chat Anwar di Yahoo!

NONE
KL 19 Mei 11: Di sini dipersembahkan jawapan dari Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang difitnah terhadapnya.


Isu video seks menjadi fokus utama segmen interaktif Yahoo! Malaysia 'Question Time' yang menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yang menyaksikan beliau menangkis semua soalan yang cuba mengaitkannya dengan orang dalam video berkenaan.


Ditanya oleh seorang pembaca yang mencadangkan beliau menpamerkan jam Omega miliknya bagi “memadamkan isu moralnya”, Anwar berkata tidak ada sebab bagi beliau berbuat demikian.


"Apa isunya? Pertama, (Shazryl) Eskay (Abdullah) mendakwa ia diberikan oleh seorang putera raja saudi. Kemudian, mengatakan ia dibeli di Taiwan pada 2004 (apabila saya di penjara). Kenapa perlu saya jelaskan?”


Eskay, yang mendedahkan video seks berkenaan mendakwa jam tangan itu ditinggalkan oleh Anwar di sebuah bilik hotel di mana video tersebut dirakamkan dan berkata jam itu telah diserahkan kepada polis.


Anwar juga berkata sumpah laknat bagi membersihkan namanya seperti cadangan beberapa pihak sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam.

Menjawab soalan mengenai dakwaan bahawa polis serta pakar dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat telah mengesahkan individu dalam pita video seks itu mirip mukanya, Anwar mempertahankan bahawa maklumat tersebut direkayasa oleh media pro-Umno.

“Contoh tipikal bagaimana orang cerdik seperti awak juga boleh terpedaya dengan media Umno. Pakar mana? Kenapa mereka tidak telus?” balasnya.

Ditanya siapa yang beliau fikir adalah lelaki dalam video sekjs itu, Anwar tersenyum sambil berkata: “saya ada beberapa suspek, perut buncit dan tetek labuh. Ha ha”.

Dalam wawancara maya itu, Anwar juga menolak sebarang kemungkinan balik ke pangkuan Umno dan menyelar parti itu kerana menggunakan PERKASA untuk menambah ketegangan kaum di Malaysia.

Anwar turut menegaskan Pakatan Rakyat menolak sebarang isu perkauman yang saban hari dijaja mereka itu.

"(PERKASA) ialah penghinaan kepada rakyat Malaysia dengan rentak perkauman mereka. Ia juga alat Umno untuk membuat kacau dan menimbulkan ketegangan antara kaum.

"Kewarasan mesti menang. Rakyat Malaysia menolak perkauman. Hanya Umno dan PERKASA terdesak mengguna isu perkauman," kata Anwar.

Namun kebanyakan jawapan yang diberikan oleh Anwar adalah pendek dan tidak menjawap soalan yang dikemukakan oleh pembaca.


Senarai soalan

Berikut beberapa soalan dan jawapannya sepanjang 75-minit perbualan di alam siber itu.

S: DSAI, ada orang mengatakan jika budget buku jingga dilaksanakan negara akan bengkrap. Apa komen DSAI? 
J: sila teliti buku jingga dan kita pastikan negara maju dan rakyat terbela http://www.pakatanrakyat.info/?page_id=6

S: What would happen to next GE to Pakatan if Datuk Seri go to jail ? Would that be a break up in Pakatan?
J: No reason to for me to be jailed based on facts and law. For now, reformasi!

S: Let's say today, you're prime minister of malaysia. are you going to protect proton?
J: Priority: defend consumers and protect citizens interest.

S: Ramai yang telah bersumpah dan menyatakan kesediaan mereka untuk dilaknat demi menuduh DSAI dengan kes2 yg tidak sepatutnya seorang pemimpin harapan bangsa lakukan. Kenapa DSAI tidak bersumpah utk menafikan mereka2 itu?
J: Sumpah mesti ikut syariat. Ini soal hukum, bukan mainan politik. Rujuk fatwa tentang qazaf http://risalahpr.blogspot.com/2011/01/teks-penuh-fatwa-dr-yusuf.html

S: DS,ade cubaan utk mengharamkan parti PKR, apa kata DS?
J: Ini kerja pimpinan UMNO yang terdesak dan terus mendera rakyat.

S: Could Lesbians, Gays, Bi-Sexuals and Transgenders (LGBTs) look forward to a non-discriminatory environment - specific to them and not other minorities - if Pakatan were to take Putrajaya? Would this move be possible with PAS a part of the federal government?
J: We recognize importance of family and the institution of marriage. But we should not unduly harass or discriminate others. The answer is through education and PAS accept this view.

S: Mr Anwar Ibrahim, do you think Malaysians can accept a non-muslim Prime Minister?
J: Respect the Constitution and the wishes of the people.

S: Ramai rakan seperjuangan diawal penubuhan PKR telah meninggalkan DS..komen
J: Beberapa orang dibeli UMNO. Majoriti yang punyai daya tahan, daya juang dan maruah masih kekal dengan perjuangan. Tenaga baru muncul, lebih wibawa dan dibuktikan dalam PRU yang lalu.

S: Ada dato seri akan terus bsama rakyat yg dizalimi walopn dato seri sndiri terus menerus dizalimi dan adakah dato seri akan kembali ke umno jika ditawarkan mnjadi PM..
J: Saya tetap bersama golongan Mustadh'afeen. UMNO sudah tidak relevan kerana dikaitkan dengan kezaliman, keangkuhan dan rasuah.

S: BN dilihat byk membuat persediaan PRU13 termasuk tipu daftar undi. PR mcm over confident menang. Apa komen?
J: Kita arif dengan penipuan PRU yang dikendali UMNO/BN. Kita akan lebih waspada dan kerja keras. Suara rakyat, suara keramat! (IH/Malaysiakini)




No comments: