Kira-kira dua jam yang lalu, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menerima satu pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan terhadap keluarganya!
Dalam reaksi segera, Ketua Pembangkang yang juga bapa kandung Nurul, Anwar Ibrahim mengecam tindakan desperado pencacai Umno-APCO yang cuba menakut-nakutkan keluarga anaknya, terutamanya anak sulung Nurul yang berusia tiga tahun.
Dalam Twitter Anwar menyatakan dalam Bahasa Inggeris:
Threat to the entire family! @ultimasurf: Someone threatened to harm the child of @n_izzah Malaysian politics is getting uglier each day #fb
Terjemahan: ( Ancaman terhadap seluruh keluarga! @ultimasurf: Seseorang telah mengugut untuk mencederakan anak @n_izzah [Nurul Izzah] politik Malaysia semakin hodoh setiap hari #fb )
Juga menerusi mesej Twitter Anwar Ibrahim:
Nurul Izzah terima sms ugut keselamatan anaknya jk terus menyokong sy. Kerja sial jahat!!Esok 9pg-lapuran polis(bukti sms)Dang Wangi #fb
Maka, satu laporan polis akan dibuat oleh Nurul sendiri pagi ini di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, jam 9 pagi nanti.
Seluruh pengamal media dan penyokong Pakatan Rakyat dijemput hadir.
No comments:
Post a Comment