Monday, June 6, 2011

1KIMMA... 1Pandikutty....!!!!

(Bernama) -- Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) akan melancarkan kempen dalam masa terdekat untuk mendaftarkan kira-kira 100,000 orang beketurunan India Muslim sebagai pengundi tahun ini.


Presidennya Datuk Syed Ibrahim Kader berkata kempen menerusi pameran bergerak di seluruh negara itu akan dilaksanakan oleh Skuad 1KIMMA bagi membolehkan pengundi baru dapat menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.



"Satu program khas akan diadakan di setiap negeri untuk mendaftar mereka dan harap ia boleh dilakukan dalam masa tiga bulan selepas pelancaran Skuad 1KIMMA," katanya kepada pemberita selepas mengiringi lawatan turun padang Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Jalan Masjid India, di sini.


kah..kah...kah...., lu orang sudah nampak kaaaa... itu perancangan barisan nasional dengan mempergunakan puKIMMA dalam PRU-13 nanti...



Tambahan pulak si mandeliar kaki bodek nih.... mempunyai ramai pekerja2 restoran yang di import dari india, yang tak tau bahasa melayu... kecuali... mau makan apa... minum apa... selebihnya geleng kepala... hahaha... tapi diorang mesti ada MyKad bagi membolehkan keling2 paria nih layak mengundi...



So... kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara dalam hal ini... amatlah di hargai oleh barisan nasional.... projek mengadaikan kedaulatan negara kepada rakyat/pendatang asing bagi mengekalkan kuasa. Tipu menipu sudah sebati dengan parti haramjadah umPORno/barisan nasional... ISA 



Kad pengenalan haram: Usaha menidakkan kuasa rakyat


Oleh MUHAMMAD NURUDDIN BASHAH

SAYA segera bersetuju dengan kenyataan Tuan Mohamad Sabu (Harakah 27- 29 Mei 2011) bahawa sindrom pemberian kad pengenalan segera kepada rakyat asing untuk dimasukkan ke kawasan tenat BN adalah suatu tindakan menggadai negara. Malah ia merupakan suatu pengkhianatan tanah air yang tidak wajar diampunkan oleh rakyat yang sedar.

Sama ada rakyat Malaysia sedar atau tidak, membaca atau tidak, jahil atau pandai, mereka perlu diberikan penerangan berkenaan konsep pilihan raya yang menjamin pengekalan maruah tanah nusa bangsa. Memenangkan parti tertentu dengan menggunakan sokongan pihak luar seperti rakyat negara lain sebagai penentu politik dan siasah masa depan negara adalah agenda yang cukup bejat.

Gettell menegaskan negara adalah: komuniti yang bermastautin mendiami wilayah tertentu, menuntut dengan sah kemerdekaan dan mempunyai sebuah organisasi pemerintahan, dengan mencipta dan menjalankan hukum secara menyeluruh di dalam sempadan negaranya.

Negara tidak akan berdaulat jika keutuhannya diraih melalui undi dan sokongan rakyat luar.

Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:

1. warganegara Malaysia;

2. berumur tidak kurang dari 21 tahun pada kelayakan;

3. seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia; dan

4. tidak hilang kelayakan. Akan tetapi jauh daripada itu, rakyat yang dibenarkan untuk memilih perlu diterapkan agar memahami peri penting undinya mencorak kemakmuran negara, kemerdekaan, keharmonian dan kedaulatan daripada dicemari anasir luar.

Dalam aspek siasah Islam, si pengundi perlu memahami tujuan membuang undi adalah untuk mempastikan masa depan negara masih berada dalam lingkungan wilayah pentadbiran dan mengamalkan syariah serta syiar islam. Mereka perlu celik dan kenal mana calon yang adil, bermatlamat ke arah kebaikan serta mendukung keutuhan agama.

Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan. Di sisi syara’, pilihan raya merupakan suatu bentuk aqad wakalah (perwakilan).

Dan dalam peristiwa baiat ‘Aqabah II, Rasulullah s.a.w. meminta 12 orang sebagai wakil daripada 75 orang Madinah ketika itu yang dipilih oleh mereka sendiri. Riwayat ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah melakukan proses perwakilan (wakalah). Dengan demikian, hukum asal wakalah dalam syariat Islam adalah harus (boleh).

Golongan Ahlul Sunnah dan jumhur ulama berpendapat bahawa ketua negara hendaklah dipilih secara pilihan raya. Pemilihan khalifah merupakan ikatan kontrak di antara khalifah dan umat.

Justeru, istilah yang dipakai dalam kontrak ini dinamakan “Bai’ah.” Jika zaman Rasulullah, bai’ah mudah diperolehi lantaran penduduk Madinah menyerah urusna pemilihan kepada ahli halli wal aqdi yang adil iaitu sahabat Nabi yang tersohor, zaman terkemudian menyaksikan pemilihan ketua negara Islam lebih kompleks dan akhirnya pilihan raya demokrasi ala Barat diterima pakai kerana ia mendekati kaedah pemilihan kepimpinan zaman Rasulullah. Kerencaman pemikiran rakyat, fertiliti yang semakin meningkat, umat Islam yang pelbagai bangsa dan budaya mengkehendaki sistem pilihan raya menggantikan undi bai’ah secara ahli halli wal aqdi yang terhad kepada beberapa orang sahaja zaman Rasulullah.

Berdasarkan hal ini, kedaulatan Khalifah adalah didapati daripada rakyat, rakyat merupakan sumber kekuasaan yang sebenar dan ikatan di antara rakyat dengan ketua negara adalah ikatan sosial. Justeru, Dr Yusof Al-Qaradhawi menyatakan bahawa sistem pilihan raya pada pandangan Islam adalah suatu kesaksian (syahadah) terhadap keletakan seseorang calon yang bakal dan akan dipilih.

Namun, hal ini tidak bermakna jika politikus yang gilakan kuasa sanggup meremehkan urusan kewarganegaraan, memberi lesen kuasa undi kepada sesiapa sahaja yang sanggup membuta tuli mengundi mereka, yang akhirnya akan menghasilkan parti pemerintah yang menang dari aspek kertas undi tetapi kalah dalam perlaksanaan mandat negara kerana rakyat tidak lagi menyokong mereka. Dalam erti kata lain mereka memerintah dalam situasi “syok sendiri.” Adakah ia suatu kenikmatan hidup yang mereka kejari?

Dahulu Hasnar Ebrahim pernah ditahan ISA pada tahun 1980-an kerana mendedahkan bahawa beliau pernah bermesyuarat bersama Megat Junid, dan wakil Jabatan Pendaftaran Negara membincangkan kaedah pemberian K/P kepada pendatang di sabah. Lantaran itu sebarang retorik BN bahawa mereka sedang menyelesaikan isu pendatang haram adalah dusta malah hipokrit kerana Projek K/P segera di Sabah jelas direstui oleh Mahathir.

Selepas kes K/P palsu dilaporkan sekitar 1990-an, 17 kakitangan JPN termasuk Jabar Khan ditahan ISA juga sebagai satu cara kambing hitam tindakan Mahathir.

Gempar juga apabila seorang buruh Indonesia yang menunggu kad pengenalan selama 30 tahun mendedahkan bahawa beliau diminta menyokong BN jika inginkan kad pengenalan biru.

Malah beliau diminta mengundi bukan di alamat tetapnya di Lembah kelang sebaliknya di Johor untuk membantu kawasan BN.

Kini, didedah pula hal sepucuk surat yang dihantar oleh Umno Bahagian Hulu Selangor kepada Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein bertarikh 23 Mac 2011 menyatakan jika ingin mengekalkan kerusi parlimen tersebut, Umno bahagian meminta “jasa baik” menteri supaya membawa masuk “bakal pengundi” terutamanya pemastautin tetap (PR - Permanent Resident) sebanyak 2,000 orang.

Jika Machiavelli masih hidup, beliau juga akan mengutuk tindakan kerajaan sebegini kerana Machiavelli cukup benci kepada pemerintah yang berjaya atas bantuan tentera upahan, tentera rakyat asing serta bergantung kepada para menteri yang hanya pandai mengampu.

Rakyat perlu disedarkan bahawa mereka kini tiada lagi nilai di mata BN kerana rakyat asing akan menggantikan rakyat Malaysia sebagai penyokong dan pengundi BN.

Beri K/P kepada warga asing jelas suatu tindakan menghina rakyat sendiri, menidakkan kuasa undi rakyat sendiri.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Gopeng 2011

No comments: