Monday, September 5, 2011

akidah mahathir dalam bahaya

Setahu aku, mengikut apa yang diajarkan kepada aku tentang agama semenjak aku kecil lagi adalah, Allah lah yang telah memberikan kita umat manusia ini segala macam nikmat.. nikmat merdeka, nikmat minum, nikmat bernafas, nikmat "merasa" dan banyak lagi nikmat yang Allah kurniakan kepada kita...


kita berjalan ni pun, hatta masa korang baca ni pun, nikmat melihat tu adalah kurniaan Illahi... bukan BN yang bagi nikmat pada kita, bukan UMNO, bukan PAS, DAP mahupun PKR... tetapi Allah lah yang memberikan nikmat kepada kita

JADI, bolehkah kita lafaz ayat "mereka (pemimpin lah) yang memberikan nikmat kepada kita"? tidakkah boleh membawa kepada rosaknya akidah kita..?
artikel diatas aku ambil dari "berita terkini" utusan online.. aku pastekan sekali dengan iklan kerana aku nak menunjukkan berita ni memang datang dari utusan.. aku pasti orang UMNO pasti tidak dapat menerima berita ini...

Jika mereka benar-benar percaya kepada Qada' dan Qadar, pastinya mereka akan bersetuju dengan aku bahawa akidah mahathir dalam keadaan bahaya ketika mengeluarkan kenyataan ini.


No comments: