Tuesday, September 13, 2011

Serangan Komunis : Beberapa Bahagian JPA Di Cyberjaya Beroperasi Di Putrajaya

KUALA LUMPUR, 13 SEPTEMBER : Beberapa bahagian Jabatan PerkhidmatanAwam (JPA) di Cyberjaya kini membuka bilik operasi di ibu pejabat JPA Putrajaya berikutan pejabat-pejabat bahagian berkenaan diserang kulat yang dikhuatiri boleh menjejas kesihatan manusia.

Menurut laporan Berita Harian hari ini, pejabat JPA di Blok A, Bangunan MKN-Embassy TechZone di Cyberjaya, Selangor, diserang kulat yang mengeluarkan spora hijau kekuningan.

Kulat tersebut dikesan di lantai dan dinding beberapa tingkat blok berkenaanselepas kakitangan kembali bertugas setelah bercuti panjang sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Antara bahagian yang ditempatkan di blok itu ialah Unit Audit Dalaman,Bahagian Saraan, Bahagian Pengurusan Psikologi, dan Bahagian Pengurusan Maklumat.

JPA dalam satu kenyataan hari ini berkata warga JPA kini diarah bekerja dari rumah dan melaksanakan tugas seperti biasa, dan tidak ‘diarah bercuti’ seperti dilaporkan.

Warga JPA juga dikehendaki meningkatkan komunikasi berterusan menerusi penggunaan teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT), e-mel, sistem maklum balas di JPA dan laman sosial Facebook bagi semua urusan pelanggan JPA.

Pejabat JPA di Putrajaya menyediakan 15 talian khas untuk dihubungi bermula hari ini hingga 26 September depan dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Berikut adalah nombor-nombor telefon talian khas:

1) Bahagian Saraan: 0388853194/3201/3227/3232/3283/3072

2) Bahagian Pengurusan Maklumat: 0388853786/3807/3887/3896/3898/3899

3) Bahagian Pengurusan Psikologi: 0388853824

4) bahagian Audit Dalam: 0388853902/3903

Sumber : Bernama 

PS : Mat Sabu punya hal, "Kulat" pun dah jadi KOMUNIS kikiki

No comments: