Monday, October 24, 2011

Najib Razak Membezakan Himpun Aman Dan Bersih 2.0

Really Najib Razak Membezakan Himpun Aman Dan Bersih 2.0, kenapa perlu dibezakan?
"Perhimpunan semalam berlangsung secara aman dan terkawal, tidak ada sesiapa pun yang rasa terganggu, tertekan atau tidak selamat.

"Itulah hasrat kerajaan apabila kita menawarkan stadium untuk BERSIH 2.0 mengadakan perhimpunan mereka," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Perdana Bersama Perdana Menteri Dengan Pesara Dan Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur.


Adakah ini tujuan kerajaan membenarkan Himpun Aman diadakan, agar Kerajaan BN dapat membezakan ia dengan BERSIH 2.0 serta pamerkan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan prihatin terhadap suara rakyat, Kerajaan Barisan Nasional mengamalkan konsep demokrasi yang terbaik dan membenarkan rakyat bersuara serta berhimpun dengan aman.

Himpun Aman adalah satu perhimpunan Umat Islam yang diadakan atas kerperihatinan Umat Islam di Malaysia terhadap isu isu Islam khususnya gejala murtad, yang saban hari semakin membimbangkan, dan meminta agar kerajaan mengubal undang undang berhubung dengan gejala murtad di Malaysia.

Perhimpunan Bersih 2.0, adalah satu perhimpunan rakyat Malaysia atas keperihatinan mereka terhadap sistem pilihan raya di Malaysia yang semakin membimbangkan dan meyarankan kepada kerajaan agar menerima pandangan rakyat terhadap 8 perkara yang akan membaik pulih sistem pilihan raya Negara Malaysia.

Kedua dua matlamat dan tujuan perhimpunan ini adalah baik, tetapi perlukah Najib Razak membezakan dan berbohong lagi kepada rakyat dengan membangkitkan isu Stadium yang dikatakan telah diberikan kepada BERSIH 2.0 untuk berhimpun, dan bila ia dituntut BERSIH 2.0 diperkotak katikan dan di pandang BODOHkan, sedarkah Kerajaan bahawa Suara Bersih 2.0 Juga adalah SUARA RAKYAT MALAYSIA? bukan suara rakyat bangla atau Indon!

Really Najib Razak mengeluarkan statement seolah olah mereka yang hadir pada BERSIH 2.0 itu bukan rakyat Malaysia, dan perkara yang dituntut oleh BERSIH 2.0 adalah perkara yang tidak penteng, ia boleh diperlekeh dan di ambil sambil lewa. Inikah gaya mempimpin yang mendahulukan rakyat?

Sejujurnya, perbandingan tidak patut dilakukan, ia kan membuatkan rakyat semakin marah dan sekali lagi Pemerintah mengajar rakyat supaya melihat perbezaan bukan kepada persamaan. Inikah cara Najib Razak dan Kerajaan Malaysia ingin menyatupadukan Rakyat Malaysia dengan mengajar perbezaan sesama kita?

Bersih 2.0 Ia Bukan Penamat, Tetapi Ia Titik Permulaan.
Its Still Fresh in My Mind what happen on 9.7.11
Really

No comments: