Showing posts with label Korupsi. Show all posts
Showing posts with label Korupsi. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Pasar RM9.3 juta: Baru je Muhyiddin rasmi tapi dah rosak

WarkahDaily – Inilah dia contoh jelas ‘keprihatinan kerajaan (BN) terhadap golongan peniaga’ seperti didakwa Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad ketika berucap pada majlis perasmian Pasar Baru Kedai Buloh oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pada 20 September lalu.


Pasar yang terletak di daerah Marang, Terengganu itu berharga RM9.3 juta mula dibina pada awal 2007 di atas kawasan seluas 1.5 hektar, menempatkan 16 unit kedai makan, 128 gerai kering, buah-buahan dan sayuran, 44 gerai basah dan 18 lot kedai pelbagai barangan.