Saturday, May 14, 2011

Bahan Porno Di Rumah Osama –Hati-hati Propaganda AS


Unit komando yang menyerbu rumah didiami Osama bin Laden dekat Islamabad awal bulan ini dilaporkan turut menemui bahan-bahan porno termasuk video.
Laporan agensi berita Reuters yang memetik bekas pegawai-pegawai Amerika dan semasa berkata tidak jelas di bahagian mana di rumah agam itu, yang didiami Osama sekitar lima hingga enam tahun lalu, bahan-bahan pornoi itu ditemui.
Tidak pasti motif laporan mengenai penemuan porno ini dikeluarkan.
Osama terbunuh dalam serangan komando khas Amerika dekat Islamabad, Pakistan awal pagi (waktu Malaysia) 2 Mei lalu. Operasi serangan dan kaedah jenazah Osama disemadikan juga mencetuskan kemarahan di sebahagian besar negara-negara Islam.
Ketua rangkaian pengganas Al-Qaeda itu menjadi buruan Amerika Syarikat (AS) sejak lebih satu dekad.
Malah juga tidak jelas siapa yang menonton bahan-bahan itu.Laporan itu juga mendakwa pegawai-pegawai itu secara khusus tidak tahu sama ada Osama sendiri memperoleh bahan itu ataupun menontonnya.
Lima klip video yang dilepaskan pihak berkuasa AS minggu lalu menunjukkan Osama sendiri menonton siaran televisyen dengan mengendalikan alat kawalan jauh.
Ini adalah propaganda Amerika untuk menghalalkan tindakan mereka. Kenyataan sebegitu atau menemui video, sesiapa pun boleh melakukannya. Salah satu cara, kononnya nak perbetulkan banyak perkara yang tidak betul terhadap pembunuhan Osama. Mereka juga berharap umat Islam mempercayai cerita mereka.
Alah...tak perlu pergi jauh, di negara kita pun berlaku benda-benda sebegini.  Fitnah ada di mana-mana, tak percaya tanya UMNO. - ekele

No comments: