Tuesday, May 17, 2011

Bila masa si Nazri ambil alih kerja polis dan Pendakwaraya?

NONE
"Jika saya mengambil tindakan sekrang (terhadap Ibrahim), saya mesti berbuat demikian terhadap semua blog dan mereka (yang membuat komen yang sama) dalam Twitter," kata Nazri. [sumber .]

Nazri: Tiada tindakan terhadap Ibrahim Ali


Tidak ada tindakan yang boleh diambil terhadap presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berhubung amarannya terhadap masyarakat Kristian kerana kenyataan seumpama itu kini sudah menjadi satu norma di Malaysia, kata menteri undang-undang, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Tegasnya, walaupun jika kenyataan sedemikian tidak disenangi, tetapi rakyat "perlu hidup" dan "jadi matang" dalam menangani watak-watak seperti Ibrahim dan yang seumpamanya, memandangkan platform sosial dan media seperti Twitter dan blog, turut menyiarkan kenyataan seperti itu yang melangkaui keupayaan kerajaan untuk mencegahnya - atau menghukum - mereka.

"Adalah sukar untuk bertindak terhadap Ibrahim sekarang 
dengan adanya Twitter dan blog... kerana kita tidak boleh memilih dalam membuat membuat pendakwaan," katanya kepada Malaysiakiniketika dihubungi hari ini.

Ibrahim telah mencetuskan kemarahan awam apabila mengeluarkan kata dua kepada "orang Kristian yang tidak mengenang budi" sekiranya mereka meneruskan dakwaan rancangan yang menjejaskan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

Ibrahim membuat kenyataan itu berdasarkan kepada laporan Utusan Malaysia awal bulan ini yang mendakwa pemimpin Kristian dikatakan berpakat untuk mengubah perlembagaan persekutuan supaya seorang Kristian menjadi perdana menteri dan menjadi Malaysia sebuah negara Kristian.

utusan malaysia kritsian agama rasmiNazri berkata pengguna Twitter dan penulis blog juga telah melakukan kesalahan membuat kenyataan yang dianggap sensitif terhadap kumpulan lain.

"Jika saya mengambil tindakan sekrang (terhadap Ibrahim), saya mesti berbuat demikian terhadap semua blog dan mereka (yang membuat komen yang sama) dalam Twitter," kata Nazri.

Itu, tambahnya, akan merupakan satu tugas yang sukar kerana kerajaan akan dituduh mengekang kebebasan bersuara.


Maka sahlah spesis jenis Berahim, Trio Tongong, utusan meroyan dan yang sewaktu dengannya adalah spesis belaan ameno.


Ameno memang jenis tak tahu buat kerja......semuanya di sub pada spesis belaannya.

Si Nazri tu pun samalah......jenis gedebe Kampong Pisang.

Bila keadaan dah jadi parah baru nak buat operasi itu ini.

Yang dimusykilkan, semenjak bila pulak si Nazri ni ada kuasa menangkap dan mendakwa?

Bukankah kerja siasatan mereka yang suka menghasut dan buat provokasi ni kerja polis dan mendakwa itu kerja Pendakwaraya?

Inilah bahananya bila ameno memerintah terlampau lama......mereka buat negara ni macam negara tok nenek dia......menangkap......mendakwa ikut suka hati dia je.....berpilih-pilih pulak tu. Kalau naik harga barang memang serah kat merekalah kerana mereka tahu yang menyokong ameno memang yang jenis bingai dan golongan ngok-ngok belaka.

Yang mereka (penyokong ameno) tahu, hanya berkata, "Ada aku kisah?"


Ameno sudah lama beraja di mata......bersultan di hati.....alahai.....

PRU13 sudah sampai masanya ameno ditumbangkan.


No comments: