Thursday, May 19, 2011

SPR Memang Penipu!!!!

Apabila Pakatan Rakyat mengatakan,banyak pengundi dipindahkan,SPR pun melenting, Bila Ketua Wanita UMNO tersalah cakap, maka kebenaran apa yang selama ini Pakatan Rakyat katakan adalah benar belaka.




Pergerakan Wanita UMNO mendedahkan terdapat gerakan memindahkan pengundi dari satu kawasan Parlimen ke Parlimen lain tanpa pengetahuan pengundi terbabit. 

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, gerakan itu berlaku di banyak kawasan Parlimen terutama Parlimen yang mempunyai ramai pengundi Melayu. 

“Tak payah saya maklumkan nama Parlimen terbabit, ini adalah maklum balas Wanita UMNO Melaka kepada saya dan beberapa tempat yang lain, ada pemindahan pengundi tanpa pengetahuan pengundi itu sendiri,” katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka, semalam. 

Shahrizat berkata, beliau mengarahkan semua Wanita UMNO Bahagian seluruh negara menyiasat dan mengenal pasti pihak tidak bertanggungjawab itu. 

Beliau berkata, ramai pengundi tidak membuat semakan tempat mereka mengundi kerana beranggapan mereka akan kekal mengundi di situ selagi mereka sendiri tidak mengubahnya. 

“Orang politik boleh pergi buat semakan, tetapi pengundi biasa bila dia mengundi di sesuatu tempat, dia anggap tempat mengundi dia di kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri tidak akan berubah dan mereka hanya akan sedar apabila tiba masa mengundi,” katanya. 

Beliau berkata, selepas siasatan perkara itu selesai, satu laporan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tindakan lanjut. 

Mengenai persiapan jentera pergerakan itu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, Shahrizat berkata, ibu pejabat pergerakan itu sedang memantau persiapan jentera Wanita UMNO seluruh negara yang setakat ini berada dalam keadaan bersedia. 

Beliau berkata, pemimpin dan anggota pergerakan itu diminta lebih giat mendampingi rakyat untuk mengetahui dan membantu menyelesaikan masalah mereka hadapi.



No comments: