Seorang penjenguk blog Merah Tinta telah mengirim emai seperti dibawah ini. Saya tidak mahu mengulas email ini tetapi para penjenguk semua dapat menilai dan mengkaji sendiri serta mengambil iktibar atas apa didedahkan ini. Atas permintaannya saya tidak akan dedahkan nama penjenguk ini, sebagai penghormati etika journalisme.
Assalamualaikum tuan hj mso,
Saya ingin berkongsi maklumat tentang isu ini. Sememangnya di kawasan kampung saya iaitu di Sungai Buloh Selangor, keadaan ini sudah menjadi amat parah. Saya anggarkan tidak kurang daripada 200-400 orang diberi taraf warganegara Malaysia dengan begitu mudah.
Saya mengetahui cerita ini daripada ayah saya sendiri. Dia berjaya mendapat taraf warganegara setelah 20 tahun memohon dan hampir 30 tahun berhijrah ke Malaysia daripada Kemboja akibat perang saudara di sana.
Inilah yang berlaku di satu tempat.
Kepada pengirim dan pemberi maklumat ini diucapkan berbanyak terima kasih dengan doa Allah melindungi kita semua didunia dan akhirat dan selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan. Up: Email itu diposkan dalam bentuk asal tanpa sebarang perubahan.[wm.kl.6:39 pm 05/08/11] - MSO
No comments:
Post a Comment