Showing posts with label JPN. Show all posts
Showing posts with label JPN. Show all posts

Saturday, August 6, 2011

Siapa sebenarnya Pengkhianat???

Dengan beberapa jam sahaja setelah didedahkan, status pemastautin tetap telah menjadi warganegara, tidakkah itu memberi isyarat hakikat sebenarnya bahawa terdapat pengkhianat yang mengancam keselamatan negara dan mengkhianati kedaulatan Raja-raja Melayu di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR?

Manakah lebih bahaya antara mereka yang membawa baju T yang bergambarkan Rashid Maidin dan tokoh-tokoh PKM yang tak tahu entah di mana dan uzur-uzur belaka dan yang berdemonstrasi aman BERSIH 2.0 ATAU mereka yang ‘menganugerahkan kerakyatan’ kepada warga asing dalam masa dua tiga jam sahaja tanpa penilaian ketat demi tuan mereka meraih undi dalam pilihanraya negara?

Siapakah yang lebih wajar dituduh berniat ‘memerangi’ (kalau hendak sangat guna tuduhan ini) Yang Dipertuan Agong, antara mereka yang membawa T-shirt bergambar tokoh-tokoh PKM yang telah uzur ATAU mereka di Jabatan Pendaftaran Negara yang ‘menganugerahkan, mengarah menganugerahkan’ ‘taraf warganegara segera’ kepada warga asing yang tidak diketahui tahap kesetiaannya kepada negara dan Raja-raja Melayu?

Kalau hendak sangat gunakan Undang-undang Darurat (EO) kepada kepada rakyat, siapakah yang lebih patut ditahan dibawa EO ini, antara mereka yang membawa T-shirt….T-shirt tokoh PKM yang umum telah arif sangat, tokoh-tokoh itu sudah tidak laku lagi di mana-mana ceruk dunia pun, ATAU pihak-pihak di JPN (Jariah ?) dan SPR (Aziz dan Wan Ahmad ?) yang ‘menganugerahkan warganegara mie segera’ dan ‘masukkan dalam daftar pemilih pilihanraya’ demi mengampu para pemimpin Umno/Bn yang telah hilang kewarasan dan pedoman?

Jelas, bukan rakyat marhaen yang dahagakan keadilan dan integriti ini, yang mengancam dan membahayakan keselamatan negara dan mengkhianat kedaulatan Raja-raja Melayu tetapi pihak-pihak tertentu yang sudah terang lagi bersuluh!

Kini telah mula kedengaran di kampung-kampung Melayu keresahan mengenai hal ini dan mengenai cincin RM24 juta! Selamat datang PRU ke 13! - GaramLada

Kenali ANAK-ANAK EXPRESS Kak ROSM0H ini....


Salam, aku kalau citer banyak pun takdak guna dah, pasai apa? pasai kalau aku dok bertengkar dalam blog nih, aku rasa separuh dari pembaca jer yang percaya aku bulat-bulat lagi separuh buat dunno jer... So kali nih aku nak korang sendiri yang mengaku sebagai rakyat Malaysia (bukan express punya) tengok dan check sindri pasai naik letih dan berbuih aku rasa bende nih dok kalut dalam alam siber...

Dan hingga ke hari ini Pak2 Menteri sebuk dengan perhimpunan BERSIH bukan sebuk dengan APA YANG DI TUNTUT dalam BERSIH itu... Kalau korang nih berjiwa Malaysia yang sayangkan daulat negara ini dari di cerobohi malaun2 UMNO korang check lepas tu korang nilai sendiri nama-nama yang disediakan ini..


Aku anggap Malaysian Express nih semua anak-anak Kak Rosm0h pasai die cukup sayang ngan depa nih banding dengan kite yang lahir-lahir dah TERJADI orang MALAYSIA... Mereka nih di tatang macam minyak penuh dah sekarang... daftar i.c je pun kurang 4jam, daftar sebagai pengundi kurang dari sehari... kita nih kalau nak daftar mau makan sampai 4bulan... mereka... ???


ini contoh senarai nama dan no kad pengenalan:


1 - 530824715008 : 8163324
NASEEM AKHTAR A/P ABDUL SALAM 21 1953 P ISLAM PAKISTANI 


2 - 671219715084 : A0948282
MEHRUNISSA BANO 53 1967 P T. UGAMA PAKISTANI


3 - 380424715016 : 8084708
SOESSJE SCWANNE JETTY SILVANA GROENEVELD 637 1938 P T.UGAMA INDONESIAN


4 - 700404715027 : 8442077
BENNET APRIANTO 16 1970 L ISLAM INDONESIAN 


5 - 650503715054 : 8316871
SOEZYANA KRISTYAWATI 16 1965 P T.UGAMA INDONESIAN


6 - 670308715014 : 8310708
SOEZYANI DWI RISNAWATI BINTI DRS SOEGIARTO 16 1967 P ISLAM INDONESIAN


7 - 501124715020 : 8008039
RUFIAH BINTI ABD RASHID 1950 P ISLAM INDONESIAN


8 - 561210715515 : 8333657
KAMSI BIN SUWITO 1956 L ISLAM INDONESIAN


9 - 380513715261 : 2176486
ABDULLAH BIN SAFAR 1938 L ISLAM INDONESIAN


10 - 201231616955 : 3853059
SIHAK BIN RANGGON 1920 L ISLAM INDONESIAN 


11 - 461014715173 : 7986435
IRUMAN BIN MARJOHAN 1946 L T.UGAMA INDONESIAN


Dari Senarai nama-nama di atas korang copy i.c mereka 1 per 1 lepas tu korang check sendiri dekat Daftar Pemilih (SPR)


Kendian aku silakan kalau korang nak maki SPR.. kihkihkihkih

Thursday, August 4, 2011

Pendedahan Bagaimana Proses Kewarganegaraan Berlaku

Seorang penjenguk blog Merah Tinta telah mengirim emai seperti dibawah ini. Saya tidak mahu mengulas email ini tetapi para penjenguk semua dapat menilai dan mengkaji sendiri serta mengambil iktibar atas apa didedahkan ini. Atas permintaannya saya tidak akan dedahkan nama penjenguk ini, sebagai penghormati etika journalisme.


Assalamualaikum tuan hj mso,

Saya ingin berkongsi maklumat tentang isu ini. Sememangnya di kawasan kampung saya iaitu di Sungai Buloh Selangor, keadaan ini sudah menjadi amat parah. Saya anggarkan tidak kurang daripada 200-400 orang diberi taraf warganegara Malaysia dengan begitu mudah.


Saya mengetahui cerita ini daripada ayah saya sendiri. Dia berjaya mendapat taraf warganegara setelah 20 tahun memohon dan hampir 30 tahun berhijrah ke Malaysia daripada Kemboja akibat perang saudara di sana.

Apa yang mendukacitakan, ada yang baru sahaja beberapa tahun tiba juga turut diberikan taraf warganegara.

Mereka dihimpunkan secara teratur dan 'misteri' di beberapa tempat untuk menguruskan hal ini. Antaranya ialah di sebuah dewan orang ramai di Kuala Selangor dan juga sebuah kem motivasi juga di sana.

Memang terbukti bahawa pihak JPN, Polis dan beberapa agensi kerajaan lain terlibat dalam projek ini. Di dalam dewan, mereka diberikan ceramah seperti birotatanegara, angkat sumpah, mengambil gambar dan diuruskan proses pendaftaran SPR secara 'amat sistematik'.


Inilah yang berlaku di satu tempat.

Bayangkan pula berapa banyak di seluruh Selangor dan juga di tempat2 lain. Saya minta bantuan tuan untuk mendedahkan perkara ini. Minta tolong jgn dedahkan nama saya kerana saya anggota perkhidmatan awam. Walaupun ayah saya seorang pendatang, saya menyayangi Malaysia, kerana disinilah tanah tumpah darah saya.


Kepada pengirim dan pemberi maklumat ini diucapkan berbanyak terima kasih dengan doa Allah melindungi kita semua didunia dan akhirat dan selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan. Up: Email itu diposkan dalam bentuk asal tanpa sebarang perubahan.[wm.kl.6:39 pm 05/08/11] - MSO